Menteri Besar Incorporated (Perak) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) melalui sumbangan pasir sungai kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kepayang, baru-baru ini.
Sumbangan yang disalurkan melalui anak syarikat MB Inc. Perak, iaitu Pengurusan Pasir Perak Sdn. Bhd. (3P), dikhususkan untuk kerja-kerja penambakan dan pengukuhan struktur kubur di kawasan perkuburan Sungai Ular, Kampung Kepayang.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan dengan kehadiran Pengerusi JPKK Kampung Kepayang, YBrs. Haji Salim bin Haji Mohamed, bersama-sama pegawai-pegawai Pengurusan Pasir Perak (3P).
Selari dengan usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri, MB Inc. Perak tetap komited dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Adalah diharapkan sumbangan ini dapat memberikan manfaat berkekalan dalam memastikan kawasan perkuburan tersebut terpelihara dengan struktur tanah yang lebih kukuh dan terjamin.