Sekitar Majlis Penghargaan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Kali Ke-7 (WCIT2024) telah berlangsung di Miker Signature, baru-baru ini.
MB Inc. Perak merupakan sebahagian penyumbang utama dalam pelaksanaan persidangan WCIT2024 yang dianjurkan bersama oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Kerajaan Negeri pada Julai lalu.
Persidangan yang kini memasuki edisi ke-7 ini menyediakan platform perbincangan mengenai isu-isu berkaitan politik global, kedaulatan undang-undang, tadbir urus, pendidikan dan penyelidikan, kerjasama ekonomi, kesenian, kemanusiaan, serta teknologi hijau dan kemampanan persekitaran dari perspektif Islam.
Dalam majlis yang sama, Puan Zaharatul Nazihah Azizul, selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak turut menerima cenderamata penghargaan yang disampaikan oleh Naib Canselor USAS merangkap Pengerusi WCIT2024, Prof. Dato' Dr. Wan Sabri Wan Yusof.
MB Inc. Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan persidangan bertaraf antarabangsa tersebut. Diharapkan agar dialog intelektual sebegini dapat menyemai usaha dalam memartabatkan masa depan dunia Islam.