Sekitar sesi lawatan kerja dan libat urus delegasi Bandar Raya Nanning, China ke negeri Perak yang telah diadakan di Ipoh Convention Center (ICC) Ipoh, baru-baru ini.
Lawatan kerja tersebut terarah kepada perbincangan mengenai bidang tenaga hijau, ekonomi digital logistik, pembangunan taman industri dan perdagangan antarabangsa bersama-sama pihak Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Ipoh dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Puan Sandrea Ng Shy Ching; Member of the Standing Committee of CPC Guangxi Committee, Mr. Nong Shengwen; YB Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Tuan Teh Kok Lim; YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud; Ketua Pegawai Operasi Amanjaya Holdings and Ventures, Encik Nor Afzanizam Abd Manan; barisan delegasi Bandar Raya Nanning; serta barisan wakil Ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan.
Turut diadakan sesi pembentangan dan dialog bersama barisan wakil pentadbiran Kerajaan Negeri dan delegasi Nanning berkaitan hal-hal berkepentingan bersama.
Pada majlis sama, telah berlangsung satu majlis Pra-Pelancaran Pameran Perdagangan Francais dan Pelesenan Pameran Perdagangan Digital dan AI sempena Pameran Dagangan Antarabangsa yang akan memberi tumpuan kepada model perniagaan francais di negeri Perak pada bulan Ogos 2024 ini.
Sementara itu, tahun ini juga menandakan Ulang Tahun Emas ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dan semoga dengan kerjasama yang sedia terjalin ini dapat mempereratkan lagi hubungan dua hala demi kemakmuran ekonomi negeri Perak.