Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Ibu Pejabat MOSTI, Putrajaya, hari ini.
Delegasi daripada MB Inc. Perak telah disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI (Pembangunan Teknologi), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan bersama barisan pegawai daripada MOSTI.
Sesi kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan peranan MB Inc. Perak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri mineral mampan di negeri Perak.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin turut menyentuh berkenaan inisiatif Kerajaan Negeri menerusi MB Inc. Perak bagi industri NR-REE yang mencakupi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
MB Inc. Perak selaku peneraju industri NR-REE di negeri Perak sentiasa komited memperkasakan industri mineral dalam agenda Perlombongan Bertanggungjawab di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.
Semoga kunjungan hormat tersebut dapat menyumbang kepada pembangunan industri mineral negeri, sekaligus berpotensi memberi impak holistik kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.