Sekitar Majlis Taklimat Projek Taman Inspirasi Alam Semulajadi, Escape@Ipoh di Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Incorporated (Perak), Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada hadirin yang mewakili pelbagai agensi kerajaan Negeri berkenaan perkembangan projek Escape@Ipoh yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.
Kesemua yang hadir telah dibawa untuk melihat keunikan taman alam semulajadi yang bakal menjadi sebuah "Team Building Village" terbesar di Asia Tenggara.
Escape@Ipoh menyediakan tapak perkhemahan yang unik, penginapan rumah bot serta mempunyai fasiliti antaranya lebih 50 unit landasan berhalangan (obstacle track), padang bola, gelongsor air, permainan halangan (monkey business), zip line coaster yang pastinya menjadi fenomena kepada penggemar aktiviti ekstreme.
Hadir sama dalam sesi taklimat ini ialah Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Tuan Meor Hezbullah Bin Abd Malek; Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Tuan Mohamad Razif bin Ramli; Timbalan Ketua Polis Daerah , Supt. Zolkifli b. Hanafiah; Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Ketua Balai Bomba Batu Gajah, Mohd Norshah bin Shahri; Ahli-ahli Majlis Daerah Batu Gajah; Pengasas Sim Leisure Group (SLG), Dato’ Sim Choo Kheng; Ketua Pegawai Eksekutif SLG, Phil Whittaker; Pengarah Urusan TT5 Park Sdn Bhd, Tuan Ng Lyp Hau; Setiausaha Majlis Daerah Batu Gajah, TPr Tuan Andri Arif; Ketua-ketua Unit Majlis Daerah Batu Gajah; Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Perak; dan Wakil Jabatan Kerja Raya Batu Gajah.
Pihak MB Inc. mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran semua pihak yang terlibat dalam sesi majlis taklimat Projek Taman Inspirasi Alam Semulajadi, Escape@Ipoh dan berharap ia akan menjadi salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di Batu Gajah khususnya dan di Malaysia secara amnya.