Sekitar Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, Dato' Seri Saarani Mohammad.
Sambutan gilang gemilang yang bertemakan ‘Kelestarian Warisan Mendepani Urbanisasi’ ini adalah salah satu usaha memperkasa kedudukan Taiping sebagai Bandar Warisan yang penuh nostalgia yang mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik dan unik untuk dikunjungi.
Sedia maklum, tahun ini Perak menganjurkan kempen Tahun Melawat Perak 2024 dengan temanya, Promising Perak dan sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping ini juga turut menganjurkan 150 acara dan program yang akan menjadi pendorong kepada kejayaan mempromosikan keunikan negeri Perak sehingga ke mata dunia.
Hadir sama dalam sambutan ini ialah YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YB Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Dato' Mohamad Zahir bin Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Menteri Pendidikan; YB Tuan Wong Kah Woh; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO Perak; YBrs. Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Encik Nasrul bin Menhat; YBrs. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Encik Khairul Amir bin Mohamad Zubir serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan termasuk Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Incorporated ( Perak), Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Semoga bandar Taiping terus mengukuhkan kedudukan sebagai bandar pelancongan utama negeri dan negara bertemakan alam semulajadi dan warisan bertaraf dunia.