Program Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyanid bersempena Tahun Baharu 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS), Meru.
Program yang berlangsung sekitar jam 9 malam itu dimulakan dengan bacaan Surah At-Taubah, ayat 122 hingga 129 oleh johan Qari Tilawah Al-Quran negeri Perak 2023, Encik Mohd Kamaruzaman Daud.
Program diteruskan dengan alunan selawat dan zikir dendangan Kumpulan Qasidah Majelis Rasulullah dari Gerik dan diikuti ceramah berjudul ‘Mindset Tahun Baru’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer Zubin; diiringi Barisan Ahli EXCO Kerajaan Negeri; Barisan Ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri; serta Pengurus Kanan Amanjaya Global (AG) Sdn. Bhd., Ts. Haji Zulhelmi Ghazali.
Program itu diadakan bertujuan untuk meraikan kemasukan tahun baharu dengan penuh bersemangat, selain memperkasakan aktiviti keagamaan yang mampu memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negeri Perak.
Dalam pada itu, MB Inc. turut bersama-sama menyumbang pek makanan bagi hadirin yang hadir mengimarahkan program berselawat tersebut.
Semoga program ini menjadi permulaan tahun baharu 2024 yang penuh dengan keberkatan dan kejayaan pada tahun ini, buat kita semua dan negeri yang kita cintai.