Menteri Besar Incorporated (Perak) turut bersama-sama dalam Majlis Anugerah Buku Negara 2023 & Sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Majlis tersebut diadakan bagi menghargai warga kerja yang terlibat di sebalik takbir dalam industri penerbitan Malaysia.
Tahun ini, majlis anugerah itu menerima penyertaan sebanyak 500 naskah buku dan membabitkan 43 pemenang.
Dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, menjadi di antara 11 penerima anugerah utama.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut melancarkan buku Ensiklopedia: Menyingkap Rahsia Sains & Teknologi dalam al-Quran tulisan Dr Muhammad Nazir Mohamed Khalid bersama pengarah jabatan pendidikan Perak dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir ke majlis ialah Menteri Pendidikan Tinggi,
YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari; serta Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar; serta Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Bin Abd Manan.
Tidak ketinggalan, sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar juga telah berlangsung dimana Perdana Menteri telah menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh mahasiswa dan mahasiswi berkaitan isu penambahbaikan infrastruktur, peluang pekerjaan, PTPTN dan lain-lain.
Semoga usaha ini dapat menyemai budaya menulis dan membaca masyarakat khususnya di kalangan pelajar dalam mencapai aspirasi Malaysia MADANI.