Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Pengurusan Pasir Perak (3P) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan memberi sumbangan pasir kepada Masjid Al -Hidayah Kampung Batu Tiga Temoh.
Usaha ini dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pihak masjid untuk meningkatkan kualiti prasarana dan kemudahan di masjid tersebut berikutan penambahan jemaah dan pengunjung ke masjid.
Sumbangan telah disampaikan oleh wakil 3P, Encik Izhar kepada Pengerusi Masjid, Encik Abdul Aziz Hj. Abdul Rahman.
Semoga sumbangan ini dapat membantu memberikan kemudahan yang selesa kepada komuniti untuk melaksanakan ibadah di masjid tersebut.
MB Inc. beri sumbangan pasir kepada Masjid Al -Hidayah Kampung Batu Tiga Temoh.