Anak syarikat Menteri Besar Incorporated (Perak), Pengurusan Pasir Perak (3P) meneruskan lagi usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang batu kasaran kepada Masjid al-Ansar, Meru Raya.
Sumbangan dalam bentuk batu kasaran tersebut merupakan salah satu inisiatif pihak MB Inc. untuk terus menjaga kebajikan dan keselesaan masyarakat setempat di sekitar negeri Perak.
Pada masa sama, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan jemaah di Masjid Al-Ansar terutama bagi melaksanakan solat fardhu jumaat dan Sambutan Hari Kebesaran Islam.
Turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengurus Besar Kanan MB Inc., Kamarulariffin bin Hj. Ayub dan barisan wakil kerja MB Inc. melalui 3P, Encik Nur Nafhatun bin Ahmad Masut kepada Pengurus Masjid Al-Ansar, Ustaz Muntaha Kamil bin Halid.
Semoga sumbangan dan usaha murni ini dapat meningkatkan kesejahteraan rohani masyarakat setempat selain meringankan perbelanjaan dan pengurusan pihak masjid berkenaan.