Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Amanjaya TT5 Sdn. Bhd. (TT5) telah menerima kunjungan istimewa warga Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk mengunjungi warisan Kapal Korek TT5 dan Maze Park TT5.
Tujuan lawatan ini ialah untuk menggalakan sosialisasi bersama masyarakat, mendedahkan pesakit kepada persekitaran luar dan komuniti serta memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan berkenaan Kapal Korek Tanjung Tualang.
Kunjungan daripada 29 peserta itu telah disambut oleh Pengurus Amanjaya TT5, Encik Shahrin Zainon dan kesemua peserta telah dibawa mengunjungi lokasi-lokasi menarik serta diberikan penerangan berkaitan kapal korek dan Maze Park.
Persekitaran yang tenang dan menghijau di TT5 kini menjadi lokasi tumpuan para pelancong dan diharap kesemua warga Hospital Bahagia Ulu Kinta menikmati masa-masa gembira di TT5.