Meneruskan lawatan kerja di China dengan melawat kilang pengasingan unsur nadir bumi, China Rare Earth Group Co. Ltd (CREG) di kota Nanning.
Selain meneroka potensi pelaburan ke Perak, kita juga nak meninjau teknologi terkini pengasingan unsur nadir bumi yang boleh kita manfaatkan di Perak.
Sebagai negeri yang berpotensi menjadi hab pembangunan industri mineral di Malaysia, lawatan & kerjasama bilateral antara kedua-dua negara ini amat penting.
MB Inc. (Perbadanan Menteri Besar Perak) selaku penggerak utama industri mineral di Perak juga dapat mengukuhkan hubungan strategik penggunaan teknologi khususnya dalam pengekstrakan unsur nadir bumi secara selamat dan bertanggungjawab.
Kita mahu ada usaha yang berterusan untuk menambahbaik strategi pembangunan industri mineral setelah terbukti berjaya melalui penggunaan teknik In-situ Leaching (ISL) iaitu kaedah yang paling selamat, mesra alam dan mampan bagi perlombongan Lantanida.
Alhamdulillah setakat Julai lalu, kita telah berjaya berjaya menerima RM16 juta dalam bentuk royalti melalui projek perintis perlombongan Lantanida di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak.
Moga segala yang kita usahakan untuk negeri Perak diringi keberkatan dari-Nya.
Terus bekerja untuk negeri Perak!