Amanjaya TT5 Sdn. Bhd., anak syarikat Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menerima kunjungan 'familiarisation trip' oleh Perbadanan Taman Negeri Perak, Tourism Perak, Majlis Daerah Batu Gajah serta agensi pelancongan ke Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5).
Kunjungan ini akan memberi pendedahan kepada seluruh agensi yang terlibat untuk menghasilkan pakej pelancongan untuk pelancong luar dan dalam negara dengan mempromosikan lokasi-lokasi terkenal yang terletak di tapak Geopark Lembah Kinta.
Kunjungan para delegasi tersebut telah disambut oleh Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd., Encik Shahrin Zainon; serta barisan wakil kerja MB Inc. dan TT5.
Tarikan di TT5 bukan sahaja tersergam dengan warisan Kapal Korek TT5, malah keunikan taman pagar sesat (Maze Park) yang mengenegahkan lapan elemen semulajadi dan bahan kitar semula yang akhirnya membentuk bentuk hati serta tarikan baharu, taman alam semulajadi, Escape @ Ipoh turut diperkenalkan kepada mereka.
Semoga kunjungan tersebut dapat menghasilkan rantaian produk pelancongan yang menarik serta mampu melonjakkan pembangunan sektor pelancongan Geopark Lembah Kinta di peringkat negara dan antarabangsa.