DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Majlis Muzakarah Sultan Nazrin Shah Tahun 2023 dengan tema "Memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Firqah Najiah" di Casuarina @ Meru.
Berangkat mengiringi baginda ke majlis tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.
Turut hadir ialah Barisan Pegawai Tertinggi Kanan Kerajaan Negeri; serta Ketua- Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Perak.
Dalam majlis tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut bertitah, umat Islam wajib berganding bahu bagi memastikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati.
Dalam majlis tersebut juga, baginda turut berkenan melancarkan buku "Mengenal Kesesatan Syiah" dan buku "Jaringan Islam Liberal dan Agenda Pemurtadan Ummah".
Junjung Kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas titah ucapan. Semoga seluruh umat Islam menghayati titah ucapan dan mengambil pedoman serta memanfaatkan titah ucapan baginda.