Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui anak syarikatnya, Pengurusan Pasir Perak (3P) telah menerima kunjungan daripada delegasi agensi-agensi dari Pulau Pinang yang diketuai oleh Pejabat Tanah Pulau Pinang (PTG) ke tapak operasi kuari di Trong dan Pasir di Selama.
Objektif lawatan ini ialah melawat tapak operasi beserta penerangan berkenaan sistem pengurusan sumber mineral bagi tapak operasi bahan mineral dan bahan batuan.
Delegasi ini turut diberikan penerangan berhubung penggunaan Sistem Pengurusan Sumber Mineral (SPSM) ataupun dikenali sebagai e-doket yang sedang dilaksanakan di Perak bagi produk kuari dan pasir.
Untuk makluman, sistem e-doket telah dilaksanakan di negeri Perak sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini.
Penggunaan e-doket terbukti dapat mengurangkan ketirisan kepada hasil negeri dan menjadi penyebab utama kepada peningkatan kutipan hasil royalti bahan kuari dan pasir di Perak.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah PTG, YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Long, Timbalan Pengarah PTG, En. Mohd Farulizam bin Che Meh, Ketua Penolong Pengarah PTG, En. Mohamed Ishaq bin Sahul Hamid, Penolong Pengarah, En. Zakinan Nawaz bin S.H. Sahul Hamid dan Pn. Faradila Teh binti Razali dan barisan pegawai-pegawai daripada PTG
Semoga perkongsian makluman dan informasi daripada kunjungan ini dapat sedikit sebanyak memberi pengetahuan mengenai sistem pengurusan sumber mineral bagi pengurusan kuari di negeri Perak.