Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat daripada Menteri Besar Incorporated (Perak) kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak di Istana Kinta, Ipoh, Perak (MAIPk).
Dalam majlis itu, MB Inc. yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Anuar bin Zainal Abidin, turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM430,000.00.
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut disertai beberapa syarikat korporat yang lain dengan keseluruhan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM 8.17 juta.
Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah YTM Raja Kecil Sulong Perak, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Dato’ Seri Ashman Shah, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin, Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim, Mufti Negeri Perak, YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh, YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.
Sebagai sebuah agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab, MB Inc. komited dalam usahanya untuk terus meningkatkan produktiviti, dengan tujuan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada Kerajaan Negeri.
Semoga sumbangan ini dapat memberi nilai tambah terhadap pembangunan sosio-ekonomi negeri dalam usaha menjadikan negeri Perak lebih makmur dan sejahtera.