Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran telah menganjurkan perkongsian ilmu Corporate Attire and Professional Grooming for Ladies pada 15 September 2023 di Studio Level 16, PTTC.
Acara ini telah disertai oleh 30 orang warga kerja MB Inc. dan dikendalikan oleh fasilitator, Puan Nurdalia Saidon.
Objektif program ini untuk memberi pendedahan berkaitan penampilan dan imej warga kerja serta etika pakaian yang sesuai di tempat kerja.
Dalam pada itu, turut dikongsi solekan yang bersesuaian ke tempat kerja menggunakan teknik solekan asas dan pengetahuan produk yang mendalam.
Turut diadakan aktiviti-aktiviti lain bagi memeriahkan lagi acara ini ialah sesi soal jawab dan sesi solekan yang telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada semua peserta.
Semoga acara perkongsian ilmu yang dilaksanakan dapat membina keyakinan dan imej diri yang positif dalam kalangan warga MB Inc.