Menteri Besar Incorporated (Perak) turut bersama-sama ke Lawatan Tapak Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) / Lantanida di Mukim Kenering, Gerik.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan penerangan secara menyeluruh kepada barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan status pengoperasian serta pelaksanaan Projek Perintis perlombongan NR-REE / Lantanida.
Sesi taklimat telah diberikan oleh wakil operator MCRE Resources Sdn.Bhd. , Ir. Dr. Selamat bin Aliman .
Selepas sesi taklimat, para ADUN yang hadir juga turut memberi pandangan mereka semasa sesi soal jawab dan penerangan diteruskan lagi semasa semua ADUN yang hadir dibawa untuk sesi lawatan tapak.
Barisan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut hadir antaranya ialah ADUN Simpang Pulai, YB Puan Wong Chai Yi; ADUN Ayer Kuning, YB Hj Isham Bin Hj Shahriddin; ADUN Astaka, YB Encik Jason Ng Thien Yeong; dan ADUN Jelapang, YB Encik Cheah Pou Hian.
Kedatangan barisan ADUN tersebut telah disambut oleh Pengurus Besar Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd., Encik Ridzuan Marsidi; Pengurus Kanan Amanjaya Global Sdn. Bhd., Ts Hj. Zul Helmi Bin Hj Ghazali; Pengurus Besar Pengurusan Tanah dan Hartanah Perak SADC, Pn. Noor Haslina Binti Ali; Pengarah Urusan MCRE Resources Sdn. Bhd., Dato’ Sri Pek Kok Sam; serta barisan pengurusan dan pegawai MB Inc.
Semoga hasil daripada lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi perincian jelas bagaimana Projek Perintis NR-REE ini dilaksanakan secara bertanggungjawab dan seterusnya usaha memajukan industri Lantanida ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negeri.