Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran telah menganjurkan program perkongsian ilmu “Unleash Your Potential” pada 8 September 2023 di Studio Level 16, PTTC.
Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta terdiri daripada warga kerja MB Inc. dan dikendalikan oleh Puan Zaharatul Nazihah Binti Azizul sebagai fasilitator yang mempunyai pengalaman mengendalikan pengacaraan di pelbagai jenis majlis.
Objektif acara adalah untuk memberi perkongsian kepada para peserta berkaitan kemahiran asas yang diperlukan untuk pengacaraan majlis.
Turut dikongsikan cara penyediaan skrip yang efektif dan ice-breaking, kepentingan bahasa badan dan protokol yang betul serta beberapa tips-tips yang berguna.
Semoga acara perkongsian ilmu yang dilaksanakan dapat memberi manfaat dan meningkatkan potensi diri demi keseimbangan dan kecemerlangan dalam kalangan warga MB Inc.