Menteri Besar Incorporated (Perak) turut serta dalam Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 8/2023 yang berlangsung di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim, hari ini.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama Barisan Exco Kerajaan Negeri, serta Barisan Ketua/ Pengarah Jabatan dan Agensi Negeri untuk mendengar dan bertemu dengan warga di Daerah Muallim.
Program yang diadakan ini menjadi platform terbaik bagi mendekati masyarakat setempat dan memberi ruang kepada penduduk setempat untuk bertemu secara terus dengan pemimpin-pemimpin tempatan.
Pada program sama, turut berlangsung Program Pelancaran Muallim Speed-Lane (M-SL) : Projek Pembinaan Pantas Majlis Daerah Tanjong Malim yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak.
Idea cetusan YAB Menteri Besar Perak ini juga dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan dengan jualan harga mampu milik dan memberi peluang kepada rakyat untuk membeli hasil pertanian dan barangan makanan dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, terdapat juga kaunter dan reruai agensi-agensi kerajaan Negeri yang turut menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi mendapatkan maklumat dan info terkini dengan mudah dan cepat.
Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak dapat terus membantu dan memudahkan rakyat di negeri Perak.