Menteri Besar Incorporated (Perak) komited untuk menjayakan pembangunan industri mineral secara bertanggungjawab dengan mengadakan kerjasama dengan pakar-pakar dan saintis menerusi kajian - kajian berkaitan Lantanida.
Kerjasama ini melibatkan universiti tempatan dan agensi seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang diselaraskan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR).
Kesemua pakar dan saintis ini telah dibawa melawat tapak projek perintis Lantanida dan diberikan penerangan secara terperinci berkaitan teknik perlombongan in-situ leaching.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Lombong dan Kuari) JMG, En. Adha Syuraini bin Abd Ghani dan Timbalan Pengarah (Geosains) JMG, En. Mat Niza bin Abdul Rahman serta barisan penyelidik daripada USM dan UKM.
Semoga kajian yang akan dilaksanakan pakar- pakar dan saintis ini akan memberi manfaat dan nilai tambah kepada pembangunan mineral negeri Perak sekaligus meningkatkan kebolehupayaan menjadi pemain industri Lantanida setanding negara -negara lain seperti China, Australia dan Jepun.