Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Komunikasi Strategik NR-REE/ Lantanida di Negeri Perak Bil 1/ 2023 yang dipengerusikan oleh YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Hajah Halizah Sipun telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Objektif mesyuarat ini dilaksanakan bagi mendapatkan input daripada lebih 20 agensi di peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi Pembangunan industri Lantanida melalui Pelan Komunikasi Strategik ini.
Ini kerana, sumber mineral Lantanida ini merupakan komponen penting kepada pembangunan perindustrian negeri dan negara dan signifikan untuk dibangunkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Mineral Geosains , Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak , Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Tanah & Galian dan Jabatan Tenaga Atom.
Semoga pelan komunikasi yang dilaksanakan ini mencapai matlamatnya dan usaha negeri Perak merintis industri Lantanida ini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain memacu pembangunan industri mineral baharu ini.