Dalam memperkasakan pembangunan dan kemakmuran negeri Perak, satu sesi Dialog Belanjawan Negeri Perak 2024 telah pun berlangsung di Dewan Bankuet, SUK.
Dalam sesi dialog ini, kepimpinan kanan kerajaan negeri sehingga ke ketua agensi dan jabatan negeri berbincang dan bertukar-tukar pandangan untuk pengisian Belanjawan Perak 2024.
Sesi dialog itu turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; bersama YB Setiausaha Kerjaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta Barisan Ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri.
Pandangan dan idea-idea kolektif ini adalah usaha baik dan amat penting untuk menghasilkan Belanjawan Perak yang holistik dan sejahtera demi kemakmuran negeri sekaligus merancakkan ekonomi Perak.
Semoga negeri Perak terus makmur dan progresif demi kestabilan ekonomi seterusnya mensejahterakan rakyat di negeri ini seiring dengan agenda Perak Sejahtera 2030.