Sekitar kunjungan hormat terhadap Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad yang telah bertempat di Bilik Mesyuarat NRECC, Putrajaya.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan berkenaan Hala Tuju Pembangunan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Kecil di negeri Perak.
Dalam pada itu, kunjungan tersebut telah diketuai oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak) ialah Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Semoga perbincangan ini dapat meningkatkan kerjasama dua hala bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dalam mengukuhkan lagi prestasi ekonomi, sekali gus memberi impak yang holistik terhadap kesejahteraan rakyat.