Dalam usaha pembentukan Centre of Excellence (CoE) REE, Menteri Besar Incorporated (Perak) dan Universiti Malaya akan berkerjasama dalam potensi penyelidikan bagi memberi manfaat dan nilai tambah kepada pembangunan industri mineral negara.
Pihak UM diketuai oleh Pengerusi Industri, Inovasi dan Sains Kelestarian (IISS), Prof. Ir. Dr. Hazlie Mokhlis dan Ketua, CoE : Rare Earth Elements (REE) Dr. Hijaz Kamal Hasnan telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. , Encik Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Kunjungan ini juga ialah kesinambungan daripada lawatan kerja pihak UM sebelum ini.
Perbincangan ini diadakan bagi membincangkan hala tuju Lantanida dan perkembangan penyelidikan berkaitan Lantanida di negeri Perak khususnya, sekali gus dapat memperkasakan kolaborasi UM dan MB Inc.
Semoga kunjungan ini menjadi platform terbaik bagi perkongsian pendapat dan pandangan yang memberi manfaat kepada pembangunan dan perkembangan Lantanida di negara ini.