Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menganjurkan Kursus Pengurusan di Tempat Kerja yang berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 Ogos 2023 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru.
Kursus ini telah disertai oleh lebih 30 orang peserta terdiri daripada warga kerja MB Inc. dan dikendalikan oleh fasilitator yang bertauliah iaitu Encik Faizal Abdul Majid.
Objektif kursus ini adalah untuk membantu warga kerja meningkatkan produktiviti di tempat kerja dengan baik terutamanya dalam organisasi, sekali gus membantu setiap warga kerja untuk berfungsi secara optimum dalam menghadapi cabaran harian serta membentuk warga kerja yang harmoni.
Kursus ini merupakan salah satu inisiatif MB Inc. melalui Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran yang menggalakkan pembangunan kapasiti melalui konsep “learning and grow” di kalangan warga kerja.
Semoga kursus ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak menjadi pemangkin kepada warga kerja meningkatkan potensi diri demi keseimbangan dan kecemerlangan di masa depan.