Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 Tahun 2023 yang telah berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Program ini adalah kesinambungan komitmen penuh kerajaan Negeri yang memberikan keutamaan penuh kepada rakyat negeri Perak untuk mendengar, mengambil tindakan dan menyelesaikan segala permasalahan dengan lebih efektif dan efisien.
Hadir pada program tersebut ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama YB Setiausaha Kerjaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta Barisan Ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri.
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak), Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan.
Pada masa sama, sepanjang program tersebut turut diadakan Jualan RAHMAH yang terdiri daripada beberapa pasaraya besar seperti AEON, SEGI Fresh dan Pasaraya SAVE serta perkhidmatan dari kaunter Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak khas untuk memudahkan rakyat yang berkunjung ke program tersebut.
Pihak MB Inc. mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan program ini dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat negeri Perak.