Bertempat di Selama Inn Resort, Selama, Perak, seramai 35 orang pekerja Menteri Besar Incorporated (Perak) telah bersama-sama menghadiri Program Orientasi Pekerja-Pekerja Baharu MB Inc. 2023 bermula pada 4-6 Ogos 2023 lalu.
Program yang telah diadakan ini adalah bertujuan untuk membantu pekerja mengenali dan menyesuaikan diri dengan lebih cepat, membina keyakinan diri, serta sentiasa berfikiran positif di antara warga kerja.
Pada masa sama, pekerja-pekerja tersebut turut diberikan penerangan dan pemahaman mengenai latar belakang syarikat, misi dan visi syarikat, objektif syarikat, serta peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pekerja di MB Inc.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan. Antara aktiviti dijalankan adalah Water Rafting, Memanah serta pelbagai aktiviti menguji minda yang turut dilakukan secara indoor.
Dalam pada itu, majlis penutup program orientasi tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali. Turut hadir mengiringi beliau ialah Penolong Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran MB Inc., Encik Rizam Abd Rani.
Pihak MB Inc. ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pekerja-pekerja baharu yang telah berjaya menjayakan program orientasi tersebut. Semoga dengan pengisian yang telah diberikan dapat kita semua terus memberikan komitmen penuh untuk lebih telus dalam bekerja.