Menteri Besar Incorporated (Perak) telah bersama-sama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam Majlis Ziarah Korporat 2023 yang berlangsung pada 8 dan 9 Ogos 2023 di sekitar daerah Taiping dan Selama.
Program yang disertai 28 buah syarikat yang terdiri daripada 60 orang peserta itu turut menziarahi rumah-rumah asnaf yang merupakan peserta bantuan zakat daripada MAIPk.
Kesemua tiga peserta turut menerima bantuan antaranya menerima sebuah rumah, bantuan makanan dan sumbangan wang ringgit.
Turut hadir ialah Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohamad Isa bin Dato’ Haji Wan Mohamad Razali; Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Mohammad Nasrul bin Minhat dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPK, Shahrul Azam Shaari.
Sebagai GLC yang turut sama menyumbang zakat perniagaan menerusi MAIPk setiap tahun, MB Inc. berasa berbesar hati dapat bersama-sama untuk turun padang menyantuni keluarga-keluarga asnaf yang menerima bantuan-bantuan tersebut.
MB Inc. mengucapkan tahniah diatas kejayaan program ini dan berharap program yang baik ini akan diteruskan demi kesejahteraan golongan yang memerlukan.