DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Titah II Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Buku berkenaan mengandungi 35 titah Sultan Nazrin dan terbahagi kepada empat bahagian iaitu Institusi Raja, Tadbir Urus, Agama; dan Masyarakat dan Budaya yang juga merupakan kesinambungan daripada Buku Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menteri Besar Incorporated (Perak) yang merupakan GLC di negeri Perak dan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Anuar Zainal Abidin turut menerima buku tersebut sebagai tanda penghargaan daripada DYMM Sultan Perak.
MB Inc. juga turut menyumbang buku-buku tersebut untuk diedarkan semasa majlis pelancaran dan disumbangkan kepada pemegang taruh dan agensi - agensi.
Dalam majlis itu juga , turut diadakan Wacana Siri Titah II Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dikendalikan oleh Tan Sri Mohd Annuar Zaini bersama panelis jemputan iaitu Prof. Dato' Dr. Ahmad Murad Merican, Dato' Halimah Mohd Said dan Datuk Dr. Awang Sariyan.