Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak kini diteruskan lagi, dan kali ini Program HBP Siri 6 Tahun 2023 telah diadakan di Gerik.
Program ini merupakan cetusan idea daripada YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan dalam memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat.
Menteri Besar Incorporated (Perak) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya., Encik Anuar Zainal Abidin juga turut menyantuni beberapa pelanggan yang mengetengahkan isu-isu berkaitan dengan pengoperasian MB Inc.
Turut hadir bersama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta barisan Ketua/ Pengarah Jabatan Negeri.
MB Inc. mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak dan semoga usaha baik ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan di Negeri Perak.