Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menerima lawatan delegasi daripada Thai Travel Agent Association (TTAA) ke Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5).
Kedatangan delegasi tersebut telah disambut barisan wakil kerja MB Inc.
Dalam kunjungan itu, para delegasi telah dibawa untuk melihat lebih dekat kapal korek TT5 yang diketuai oleh wakil kerja TT5 bagi mendengar dan memahami sejarah kapal korek tersebut dengan lebih terperinci.
Selain itu, para delegasi juga sempat meluangkan masa untuk mengunjungi TT5 Maze Park atau Taman Pagar Sesat berbentuk hati yang pertama dan terbesar di Malaysia sambil melihat keunikan yang terdapat di kawasan tersebut.
Pihak MB Inc. turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para delegasi Thai Travel Agent Association (TTAA) kerana mengunjungi TT5.
Semoga lawatan ini dapat menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk mengunjungi TT5 seterusnya dapat menjayakan Tahun Melawat Perak 2024