Sekitar Majlis Perasmian Pra Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024) yang telah berlangsung di NU Sentral, Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad. Turut dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; serta YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Encik Loh Sze Yee.
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak), Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Pada masa sama, antara inti pati dalam majlis tersebut adalah sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Travel Agents Association (MATTA) Cawangan Perak dan Thai Travel Agents Association (TTAA) untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dan sebagai tarikan pelancong serta sesi pembentangan produk pelancongan Perak oleh YB Encik Loh Sze Yee.
Untuk makluman, Amanjaya TT5 Sdn. Bhd. anak syarikat milik penuh MB Inc. Perak turut serta mengambil bahagian sebagai pempamer yang mempamerkan salah satu produk pelancongan di negeri Perak iaitu Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5).
MB Inc. Perak ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tourism Perak Management Berhad dan Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Perak dalam menjayakan majlis pra pelancaran TMP2024 hari ini.
Semoga setiap agensi dan pemain industri pelancongan di negeri Perak dapat memainkan peranan yang penting dalam membantu mempromosikan produk-produk pelancongan di negeri Perak sekali gus merangsang pendapatan ekonomi negeri melalui sektor pelancongan.