Lawatan kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke Makmal Analisa Mineral MIMOS.
Objektif lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat fasiliti yang terdapat di Makmal Analisa Mineral MIMOS serta khidmat nasihat kepakaran berkaitan unsur nadir bumi.
Dalam kunjungan itu, Pengarah Pembangunan Teknologi Semikonduktor MIMOS, Tuan Husna Shukor dan Puan Bazura Abdul Rahim turut memberikan taklimat serta penerangan sewaktu lawatan ke makmal MIMOS.
Pihak MB Inc. Perak diwakili oleh Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik, Cik Siti Kamesah Bee, Pengurus Kanan Amanjaya Global, Tuan Haji Zul Helmi Ghazali serta barisan wakil kerja MB Inc.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Anas bin Md Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS serta Encik Norul Ridzuan Bin Zakaria.
Semoga lawatan strategik ini dapat memberi manfaat serta ilmu yang baharu kepada semua pemegang taruh yang terlibat dan Kerajaan Negeri khasnya.