Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (KSP RMKe-12) telah berlangsung di negeri Perak bersama dengan YB Tuan Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.
Turut bersama- sama dalam sesi libat urus tersebut ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri dan Ketua- ketua Jabatan dan Agensi negeri Perak.
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12), 2021-2025 yang disediakan akan melibatkan semua pihak berkepentingan terutamanya kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan kerajaan negeri bagi mengukur pencapaian sasaran dalam tempoh dua tahun pertama.
Oleh itu, input daripada pemegang taruh daripada pelbagai lapisan masyarakat menjadi intipati penting dalam memastikan KSP RMKe-12 mencapai matlamat dan memenuhi keperluan di peringkat penggubalan dasar dan pelaksanaan.
Semoga sesi libat urus ini dapat memperoleh input secara kolektif daripada setiap lapisan rakyat Malaysia sekali gus memperkasakan kemajuan dan pembangunan ekonomi dan juga sosial negara.