Sesi perbincangan dan lawatan kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke Fasiliti Makmal Analisa Non-Radioactive Rare Earth Elements (NR-REE) bertempat di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak.
Objektif lawatan kerja tersebut adalah untuk memperoleh maklumat serta khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Mineral dan Geosains berkaitan unsur nadir bumi.
Pihak JMG diwakili oleh Encik Mohd Fauzi Bin Muhammad Said, Pengarah Cawangan Perkhidmatan Makmal Ipoh, manakala pihak MB Inc. diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan; dan Barisan Wakil Kerja MB Inc.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Anas bin Md Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS.
Dalam kunjungan hormat itu juga, Pegawai Kimiabumi, Encik Mohd Zahar Ibrahim turut memberi penerangan berkaitan fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan JMG bagi pembangunan industri mineral.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini dapat memberi manfaat kepada semua pemegang taruh yang terlibat dan Kerajaan Negeri.