Sesi libat urus Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama Indonesia Mining Association (IMA) yang membincangkan secara khusus bagi pembangunan mineral di Daerah Hulu Perak.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; Penolong Pengarah PTG (Seksyen Sumber Asli & Galian), Encik Haziq Faris Bin Aris; dan Setiausaha Majlis Daerah Gerik (MDG), Encik Ahmad Fazril Bin Ramli; serta barisan pengurusan kanan MB Inc.
Manakala, Presiden merangkap Pengarah Eksekutif IMA, Pak Djoko Widajatno dan Setiausaha Eksekutif, Tuan Adam Muhammad turut serta dalam sesi libat urus tersebut.
Kedua-dua pihak turut bertukar idea dan pandangan dalam usaha membangunkan industri mineral dengan mengambilkira kebolehupayaan negara Indonesia menguruskan sumber-sumber mineral di negara itu.
Untuk makluman, Indonesia merupakan pengeluar utama nikel yang terbesar di dunia dan popular dengan operasi pengeluaran bijih timah persisir luar pantai (offshore) di dunia.
Selain itu, Indonesia adalah pengeluar kedua terbesar bijih timah dunia.
Semoga jalinan dan perbincangan ini akan menjadi pemangkin bagi kedua-dua buah negara secara amnya negara Malaysia dan khususnya negeri Perak untuk terus berdaya saing dalam pembangunan mineral di peringkat antarabangsa.