Sekitar sesi perbincangan kerjasama strategik Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama delegasi daripada Universiti Azlan Shah (USAS) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato. Dr. Wan Sabri Wan Yusuf, Naib Canselor USAS.
Turut hadir ialah YBhg. Dr. Anas bin Md Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS.
Kedua-keduanya telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; dan Barisan Pengurusan Kanan MB Inc.
Pada masa sama, pihak MB Inc. dan delegasi USAS turut berbincang dan bertukar pandangan berkenaan kerjasama pembangunan mineral bagi kedua-dua belah pihak.
Selain itu, pihak USAS turut berhasrat untuk membangunkan program akademik dalam bidang perlombongan. Ini adalah selari dengan pembangunan modal insan yang berkemahiran dalam bidang industri mineral amnya dan lantanida khususnya.
Oleh itu, semoga sesi perbincangan ini menjadi pemangkin kejayaan pelbagai program dan usaha pembangunan industri mineral di negeri Perak.