Sesi perbincangan dan lawatan kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) ke Fasiliti Makmal Analisa Non-Radioactive Rare Earth Elements (NR-REE) bertempat di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.
Lawatan kerja tersebut adalah untuk meneroka kerjasama dan mendapatkan khidmat nasihat kepakaran daripada Agensi Nuklear Malaysia bagi pembangunan Lantanida.
Menerusi lawatan ini, wakil daripada pihak Agensi Nuklear Malaysia telah memberikan taklimat secara keseluruhan berkenaan fasiliti-fasiliti di agensi berkenaan.
Pihak Agensi Nuklear diwakili oleh Dr. Hafizal Yazid manakala pihak MB Inc. diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan; dan Barisan Wakil Kerja MB Inc.
Semoga kerjasama strategik ini dapat direalisaikan dan memberi manfaat kepada semua pemegang taruh yang terlibat dan Kerajaan Negeri khasnya.