Menteri Besar Incorporated (Perak) hadir memberi sokongan kepada pelancaran Eco-Schools Pahang yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Kuantan, Pahang.
Untuk makluman, MB Inc. juga merupakan penggerak Eco-Schools Perak yang memberi manfaat kepada para pelajar, guru-guru dan komuniti setempat di 30 buah sekolah di negeri Perak.
Salah sebuah sekolah Eco-Schools Perak, SJKC Siputeh yang juga penerima anugerah Green Flag juga turut diberi peluang untuk mempersembahkan 10 projek kelestarian yang telah dilaksanakan kepada KYDMM Pemangku Raja Pahang.
Persembahan pembentangan tersebut disampaikan oleh pelajar-pelajar sekolah Tahun 2 dan 6.
Dalam majlis itu juga, KYDMM Pemangku Raja Pahang mengumumkan Pelan Hala Tuju ‘Pahang Greening Education Partnership’ bagi tahun 2023 hingga 2030 dalam usaha menyepadukan prinsip kemampanan, kesedaran alam sekitar dan tindakan iklim individu ke dalam sistem pendidikan.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Komunikasi Strategik Korporat, Cik Siti Kamesah Bee; Ketua Eksekutif Green Growth Asia Foundation (GGAF), Encik Balamurugan Ratha Krishnan; dan Direktor Green Growth Asia Foundation (GGAF), Dr. Mahadi Mohamed.
Semoga usaha mendidik dan memupuk anak-anak di peringkat sekolah dapat memperhebatkan usaha melestarikan alam sekali gus menjadi duta kecil kelestarian di masa depan.