Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menerima lawatan delegasi daripada lebih 15 pengamal media dari Bangkok dan Singapura ke Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) hari ini.
Kedatangan delegasi tersebut telah disambut oleh Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd, Encik Shahrin Zainon bersama barisan wakil kerja MB Inc.
Dalam kunjungan itu, para delegasi telah dibawa untuk menerokai kapal korek TT5 yang diketuai oleh pemandu pelancong bagi mendengar dan memahami sejarah kapal korek tersebut dengan lebih terperinci.
Selain itu, para delegasi juga sempat meluangkan masa untuk mengunjungi TT5 Maze Park atau Taman Pagar Sesat berbentuk hati yang pertama dan terbesar di Malaysia sambil melihat keunikan di sekitar kawasan tersebut.
Pihak MB Inc. turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para delegasi yang menyertai Familarization Trip Media Bangkok dan Singapura kerana memilih TT5 sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Perak.