Sekitar Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 Tahun 2023 yang telah berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini.
Program yang berlangsung pada hari ini telah dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta Barisan Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri/ Persekutuan.
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak), Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Program ini adalah kesinambungan komitmen penuh Kerajaan Negeri yang memfokuskan untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat di negeri Perak yang telah dijalankan beberapa siri sebelum ini.
Dalam program sama, YAB Menteri Besar Perak turut merasmikan pelancaran Bas Kempen Derma Darah Bergerak yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Pihak MB Inc. mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan program cetusan idea YAB Menteri Besar Perak ini dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat negeri Perak.