Lawatan kerja teknikal oleh pegawai-pegawai Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK) Jabatan Mineral dan Geosains negeri di seluruh Malaysia ke tapak projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Gerik.
Antara taklimat diberikan menyentuh mengenai keseluruhan projek perintis Lantanida serta kaedah perlombongan baharu iaitu In-Situ Leaching (ISL) yang dilaksanakan bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan bertanggungjawab.
Pada masa sama, kesemua 80 peserta yang terlibat dalam lawatan itu turut dibawa ke tapak-tapak pemprosesan Lantanida bagi memberi pendedahan secara menyeluruh berkenaan projek perintis tersebut.
Sehubungan dengan itu, lawatan kerja teknikal tersebut merupakan sebahagian program peningkatan kemahiran lapangan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai JMG di seluruh negeri dalam pengawalseliaan dan pemantauan bagi aktiviti perlombongan yang bertanggungjawab.
Turut hadir ialah Encik Mahat Bin Sibon, Timbalan Pengarah Sumber Mineral, JMG Perak, Barisan Pengurusan JMG Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal); Barisan Pengurusan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; dan barisan pegawai MB Inc.
Semoga hasil daripada lawatan kerja ini sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman serta memberi gambaran idea yang boleh dilaksanakan dalam memajukan industri perlombongan secara holistik.