Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan lawatan kerja ke kilang perindustrian Lynas Malaysia yang berpengkalan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang.
Lynas merupakan syarikat yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas dalam memproses unsur nadi bumi (REE) berpusat di Mount Weld, Australia dan kini melebarkan sayap ke Gebeng semenjak 2009.
Delegasi MB Inc. diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Nor Afzanizam Abd Manan ; Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Dato’ Ir. Ahmad Zukni Ahmad Khalil bersama-sama pengurusan kanan MB Inc. dan Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd. (ANR).
Turut serta dalam perbincangan itu ialah Ketua Pegawai Operasi Lynas Corporation (Australia), Mr Pol Le Roux dan Pengurusan Kanan Lynas Corporation.
Lawatan tersebut diadakan bagi tujuan perkongsian pengalaman dan pengetahuan mengenai pengoperasian pembangunan mineral khususnya REE seperti Lantanida yang terdapat di Perak.
Di samping itu, Lynas Malaysia merupakan salah satu kilang pemisahan nadir bumi terbesar dan paling moden di Asia Tenggara.
Lynas Malaysia ditubuhkan bagi menghasilkan produk Rare Earths Oxide (REO) untuk dieksport beberapa buah negara termasuk Jepun, Eropah, China dan Amerika Utara.
Semoga lawatan ini akan mengukuhkan lagi peluang kerjasama yang rapat demi memajukan sektor pembangunan mineral di negeri Perak.