Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama Majlis Daerah Batu Gajah telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Tema Escape Penang, baru-baru ini.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan konsep, pengoperasian dan pengurusan taman tema tersebut.
Selain itu, turut diadakan perbincangan dan perkongsian kepakaran pihak agensi kerajaan bersama dengan pihak operator.
Untuk makluman, MB Inc. turut bekerjasama menerusi rakan niaga, TT5 Park Sdn. Bhd. untuk membina sebuah Taman Alam Semulajadi (Escape Nature Park), Escape @ Ipoh di Tanjung Tualang No 5.
Tarikan terbaharu ini akan menjadi salah satu lokasi pelancongan kepada pengunjung yang gemar aktiviti lasak sambil menikmati keindahan flora dan fauna di sekitar TT5 kelak.
Turut hadir dalam siri lawatan itu ialah Yang Dipertuan Majlis Daerah Batu Gajah, Tuan Mohamad Razif Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin, serta Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sim Leisure Group, Dato’ Sim Choo Keng; pegawai-pegawai MDBG dan barisan pengurusan kanan MB Inc.