Menteri Besar Incorporated (Perak) menerima lawatan daripada Pejabat Pembangunan Negeri (Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, ICU) ke Kapal Korek Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5).
Turut hadir Pengarah-Pengarah ICU Negeri antaranya Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Azman Ibrahim; Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Haji Rahman Mohd Din; Pengarah Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Mohd Razali Wahab; Pengarah PPN Sarawak, Tuan Jasni bin Haji Jubli; dan Ketua Unit Sekretriat Hal Ehwal Khas, Puan Siti Alinah Abdul Kahar.
Turut menyambut kedatangan ICU di TT5 ialah Pegawai Daerah Kinta, YBrs. Tuan Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik; Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, YBrs. Tuan Mohamad Razif Bin Ramli, Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam Abd Manan; Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd., Encik Shahrin Zainon; serta Pengurus Besar Komunikasi Strategik MB Inc., Siti Kamesah Bee.
Dalam kunjungan itu, Pengarah-Pengarah ICU JPM mengambil kesempatan untuk melawat kapal korek serta diberikan penerangan berkaitan sejarah dan keunikan yang terdapat pada kapal korek tersebut.
Pihak MB Inc. berasa berbesar hati dengan kunjungan delegasi daripada ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan berterima kasih atas kesudian untuk melawat Kapak Korek TT5.