Kelab Rekreasi Warga Kerja Menteri Besar Incorporated Perak (Cresters), telah mengadakan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2023 bertempat di tingkat 16, PTTC.
Majlis tersebut bermula sekitar 10 pagi itu diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik KamarulAriffin bin Hj. Ayub; Pengurusan Kanan MB Inc. serta seluruh warga kerja MB Inc.
Majlis sambutan raya ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan seluruh warga kerja MB Inc. dan menyemarakkan tradisi sambutan Aidilfitri.
Pelbagai juadah raya yang dihidangkan dalam majlis tersebut dan kemeriahan majlis diserlahkan lagi dengan pertandingan Mencedok Duit dan Sambung Lirik Raya.
Barisan pengurusan MB Inc. turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat pihak Cresters dan seluruh warga kerja MB Inc. kerana dapat bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri MB Inc 2023.