Sekitar Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 4 Tahun 2023 yang telah berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping, hari ini.
Program yang berlangsung pada hari ini dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta Barisan Ketua/ Pengarah Jabatan dan Agensi Negeri.
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak), Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik KamarulAriffin bin Hj. Ayub
Dalam siri program turun padang kali ini, setiap aduan yang diambil akan dipanjangkan terus ke agensi-agensi berkaitan yang turut hadir bersama untuk diambil tindakan dengan lebih efisien khususnya kepada rakyat di sekitar Daerah Larut, Matang dan Selama.
Program ini merupakan cetusan idea daripada YAB Menteri Besar Perak untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan dalam memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat.
Pihak MB Inc. mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan program seumpama ini demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.