Raikan Syawal..
Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui Kelab Rekreasi Warga Kerja Menteri Besar Incorporated Perak (Cresters) meraikan Syawal bersama-sama warga kerja dengan berkongsi rezeki memberi sepasang baju melayu dan tudung.
Tradisi setiap tahun ini adalah sebagai tanda menghargai warga kerja dan berkongsi rezeki sempena Syawal tidak lama lagi.
Turut menyampaikan cenderahati itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin.
Dalam majlis itu juga, Bantuan Khas Kewangan Persekolahan 2023 turut diberikan kepada warga kerja yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah malah di peringkat universiti.
Bantuan khas ini juga adalah tanda prihatin kepada kebajikan pendidikan dan sokongan pihak pengurusan MB Inc. kepada anak- anak warga kerja di dalam menimba ilmu pengetahuan.
Diharap bantuan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan perbelanjaan persekolahan anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan sehinggalah ke peringkat Universiti.