Sekitar lawatan tapak Timbalan Menteri Kewangan I, YB Datuk Seri Ahmad Maslan ke Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim.
Taklimat dan penerangan projek hidro tersebut telah disampaikan oleh wakil PHREC (Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn Bhd) kepada Datuk Seri Maslan dalam kunjungan tersebut.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengarah Eksekutif GCAP, Datuk Yap Yee Ping dan Ketua Pegawai Operasi MB Inc., Encik Nor Afzanizam bin Abd Manan.
Lawatan kerja tersebut diadakan bagi memahami secara lebih dekat pengoperasian janakuasa hidro.
Dalam pada itu, Kerajaan melalui Menteri Kewangan itu turut menyatakan komitmen untuk membantu perkembangan industri tenaga boleh diperbaharui.
MB Inc. sebagai sebuah GLC juga turut bersama-sama dalam industri tenaga boleh diperbaharui ini juga berharap usaha untuk memelihara alam sekitar, malah menjana pendapatan tenaga hijau untuk negara terus diperhebatkan.